Kenalpasti mana satu topik utama, topik dan subtopiknya
Contoh:
Topik Utama: OpenOffice.org 3
Topik 1: Menjana indeks secara automatik
Subtopik kepada topik 1: Langkah-langkahnya
Katakan topik utama dan topik 1 adalah pada muka surat ketiga dan subtopik bagi topik 1 pada muka surat keempat. Muka surat pertama adalah muka hadapan dan muka surat kedua ditinggalkan sementara untuk digunakan kemudian sebagai laman indeks.
Caranya amat mudah. Untuk menjadikan "OpenOffice.org 3" sebagai tajuk utama:
1. Serlahkan "OpenOffice.org 3"
2. Pilih "Heading 1" pada menu dropdown "Styles and Formatting"

Untuk menjadikan "Menjana indeks secara automatik" sebagai topik 1 (yang pertama):
1. Serlahkan "Menjana indeks secara automatik"
2. Pilih "Heading 2" pada menu dropdown "Styles and Formatting"

Untuk menjadikan "Langkah-langkahnya" sebagai subtopik kepada topik 1:
1. Serlahkan "Langkah-langkahnya" (saya telah memindahkannya ke muka surat keempat terlebih dahulu)
2. Pilih "Heading 3" pada menu dropdown "Styles and Formatting"

Sekarang pergi ke muka surat kedua yang disediakan sebagai muka surat indeks
1. Pilih Menu "Insert"
2. Pilih "Indexes and Tables"
3. Klik "Indexes and Tables"

4. Kik "OK"

Siap, sekarang semua tajuk telah diindekskan
