Bagi mereka yang pernah menggunakan Debian 5, sudah tentu sedia maklum bahawa versi dasar OpenOffice sedia ada adalah 2.4.1. Jadi bagaimana untuk mendapatkan versi yang terkini?
Jawapannya adalah dengan mengaktifkan lenny-backports.
Caranya:
Tambah pada /etc/apt/sources.list anda baris berikut:
deb http://www.backports.org/debian lenny-backports main contrib non-free
Import kunci arkib backports.org ke dalam apt
$ wget -O - http://backports.org/debian/archive.key | apt-key add -
Buangkan versi yang sedia ada
# aptitude remove openoffice.org
Pasang OpenOffice.org versi 3.1 dari lenny-backports
# aptitude -y update
# aptitude -t lenny-backports install openoffice.org