Menggunakan mukataip teras TrueType Microsoft dengan OpenOffice

Mesti anda sudah biasa dengan Verdana, New Times Roman dan Arial yang seolah-olah telah menjadi "standard" untuk mukataip didalam melakukan kerja-kerja yang melibatkan pemprosesan teks.

Sangat mudah. Syarat utamanya cuma sambungan ke internet dan akaun pengguna sudoer (kebenaran pengguna super). Jika anda menggunakan Debian GNU/Linux, pastikan anda telah membenarkan repo mirror non-free di dalam /etc/apt/sources.list seperti berikut:

deb http://ftp.tw.debian.org/debian lenny main contrib non-free

*non-free adalah seksyen untuk aplikasi proprietary

Sekarang anda perlu memasang pakej msttcorefonts sebagai pengguna super. Jika anda tidak mempunyai akses berkenaan, minta bantuan kepada pihak yang mempunyai akses untuk melakukannya

# aptitude install msttcorefonts

Selesai sahaja anda memasang pakej tersebut, cuba buka OpenOffice.org Writer dan lihat di dalam senarai mukataip anda.